loyalty?

Setia.
Kata orang, itu antara inti pati penting dalam suatu perhubungan. Antara faktor yang memungkinkan suatu hubungan itu menjadi istimewa, menjadi lebih bermakna apabila dua hati yang saling memerlukan, diikat sentiasa tanpa mahu menoleh ke arah unsur luar yang boleh menggugat kebahagiaan. Tetapi, apakah cukup hanya dengan sekadar kesetiaan?

Ada seseorang pernah memberitahu aku, perempuan jangan risau. Lelaki yang tidak setia, curang adalah bodoh. Aku ketawa sewaktu pertama kali mendengar dan membaca apa yang ditulisnya. Terfikir mungkin ada kebenaran walaupun ternyata, di dunia ini, ada sahaja perempuan curang dan lelaki menjadi mangsa. Betul atau tidak? Ah, tidak perlu dijawab, statistik boleh menunjukkan angka yang membuatkan mata kita tercopot keluar dari kelongsongnya.

Tetapi, seseorang yang menyatakan demikian, curang pula pada perempuannya. Berpaling kepada wanita lain sedangkan perempuannya masih tegar menunggu dan menahan luka yang dalam. Perempuannya dengan bodoh percaya akan janji yang terbina walaupun ternyata, pada lelaki itu, menyukai perempuannya adalah kesilapan kerana cintanya milik wanita lain pula.
Aneh.
Tapi itu manusia.

Manusia memang kerap sunyi dan kadangkala, tidak mengerti apa maksud kesunyian yang melanda mereka. Akibatnya, manusia mula memandang ke arah lain dan merasakan cukup bosan dengan apa yang ada dengan mereka. Bukankah kita bersetuju bahawa manusia memang tamak dan setiasa dahagakan kegembiraan? Cuma, kadangkala, akibat memburu terlampau banyak, kita akan juga kehilangan dan kalah terlampau besar. Natijahnya pahit, kita mungkin akan ditinggalkan bersendirian untuk jangka masa yang kita sendiri tidak pasti atas kelalaian dan kesilapan sendiri.
Sakit?

Curang kepada diri sendiri.
Ini yang hampir sebilangan daripada kita tidak menyedari hakikat yang paling menyakitkan dan membunuh dalam diam. Kita curang pada diri sendiri dengan membiarkan apa yang kita lalui dalam hidup ini mengkhianati kita dalam senyap. Ibarat tumor, kanser dan sebagainya, pada satu tahap tidak dapat diselamatkan dan akhirnya kita yang terkorban akibat kesilapan, keegoan dan kelemahan kita sendiri.

Itu lebih memeritkan kerana, kita sendiri yang membuatkan diri terjerumus ke dalam lembah kepayahan dan terpaksa memanjat keluar agar kita terus bernyawa. Aneh bila manusia lebih banyak membuatkan diri mereka sakita akibat tidak setia dengan diri sendiri. Tidak berpegang dengan apa yang mereka percaya dan janji yang mereka ingin kotakan. Ah, kota roboh sebelum sempat dibina katanya.
Ketawa.

Hidup kita, kita yang tentukan.
Kalau kita tidak mahu orang lain curang kepada kita, nah, jangan tidak pernah setia.
Karma itu terjadi tahu?
Senyum.

credited to DSZ.

Comments

Popular posts from this blog

Give Aways Template dari Cik Nurfarah

^Finally Final Finish^

final is around the corner. :)