Match-Maker Story's


Assalamualaikum..
entry pertama di 2012..

kesibukan final exam mengekang aku untuk berceloteh diawal tahun ini.
sesampai dirumah...
bukan sibuk yang mengekang.
mood.
hilang. lebih tepat tidak muncul pula keinginan untuk menulis.
kerana bagi aku, aku hanya menulis diwaktu yang aku berasa kosong,sendirian,kesedihan.
pernah terbaca atau terdengar mungkin tentang sekiranya kita sedang bersedih,marah atau paling tepat tidak berada dalam keadaan gembira, meluahkan perasaan dapat membantu sedikit sebanyak untuk kita berasa lega.
meluahkan pula terdiri dari pelbagai cara.
bercerita,menjerit,menangis dan bagi aku menulis... tidak kira lah menulis diari,menconteng...kerana aku tiada bakat melukis. so menconteng perkataan tepatnya.
dan mungkin ketika ini dengan bercerita dapat mengurangkan ketidak selesaan perasaan yang aku alami sekarang.

So,cerita kali ini disebabkan aku dah berjanji dengan salah seorang pembaca aku lah konon nya kan. hehe.
aku berjanji dengan dia untuk berkongsi kisah kami di sini.

Kisah ini merupakan sejarah. Sejarah kerana kisah ini hanya tinggal kenangan dan sudah mempunyai akhirnya mungkin.This story happens about 7 years ago. Aku,Shaq (bukan nama sebenar) dan Sham (juga bukan nama sebenar) merupakan rakan sekelas.Aku dan Shaq nie kawan rapat. Sebab kitorang duduk sebelah2 dalam kelas tuh. Si Sham nie pulak adalah orang ketiga dalam hubungan kami. hahaha. Aku(She) Shaq(She) Sham(He)... dah jelas watak kitorang?. hehehehe.

Dulu-dulu si Sham nie suka la start perang kapur (oh,zaman aku form 3 still guna kapur lagi. blackboard) klu kapur takde kitorang akan perang pemadam. Sibijik pemadam tu akan kami beli dan potong kecil2 then baling2. perang la katekan. hahaha. kanak2. Then one day si Sham nie baling kat aku sebatang kapur yang ada no phone dia. Dalam 2,3 hari dan selepas 2,3 kali ditegur si sham tu kenapa tak contact dia barulah aku contact.. Mesej macam biasa je la kan. kawan2.. Then, satu hari tuh dia pun menyatakan lah hasrat sebenar dia contact ngan aku. sebabnya.... dia nie minat la kat si Shaq tuh. suh aku ushakan la kirenya...




Mula lah tugas aku sebagai seorang match-maker. hahaha... ayat2 sikit. manderam2 sikit. bahagia lah mereka nie. ditakdirkan pula time aku tingkatan 4, aku ditawarkan ke sekolah teknik. yang dorang berdua nie sudah berpakat mungkin. Stay kat sekolah tu sampai tingkatan 5. Their relationship long lasting for 4 years. Aku tahu dorang break pun setelah setahun selepas dorang break rasanya. Masa tahu je tuh. sesungguhnya aku takde niat langsung nak tahu kenapa dorang pisah. Sebab... aku rasa kecewa,sedih,geram,marah, semua bercampur baur. Dah lah lambat aku dapat tahu!!




Dan akhirnya tahun lepas, akhir tahun lepas aku dapat tahu dari pihak lelaki dulu.. Then awal tahun nie, otw balik ke Jb aku dapat tahu dari pihak perempuan pulak. Bila dapat tahu sebenarnya aku lagi kecewa. Problem dorang simple je. Tapi masing2 tak nak luah kan. So,tiada apa dapat dibuat lagi sekarang sebab masing2 pun dah bahagia dengan pasangan lain masing2. MUNGKIN.... :)


p/s: sebagai kawan, aku cuma dapat doakan yang terbaik je untuk korang berdua. :)

Comments

Popular posts from this blog

Give Aways Template dari Cik Nurfarah

^Finally Final Finish^

final is around the corner. :)