istiqamah.. !

Istqamah dalam perjuangan
Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat.  Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa.

Firman Allah Taala:

(Surah Yusof ' Ayat 87)

Ertinya:  Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat  dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir. 

Antara halangan untuk kita beristiqamah:

1.Halangan diri sendiri seperti malas, takut, gagal, rendah semangat, malu, tahap pencapaian rendah.

2.Halangan orang lain seperti gangguan, pengaruh, menolak peluang dan tidak mahu berkerjasama.

3.Halangan suasana yang tidak selesa atau tidak sesuai.

4.Halangan wang atau kebendaan.

Perkara yang perlu kita lakukan: 

1. Kuatkan azam

2.  Berusaha dengan   tetap dan bersungguh-   sungguh.

3.  Tidak patah semangat.

4.  Tidak kecewa dan putus asa. 

5.  Tabah dan sabar menghadapi cabaran dan ujian.

6.  Sentiasa berfikir.

7.  Banyak berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.

8.   Bertawakal dan bersyukur.





ini peringatan untuk diri aku sendiri yang ingin dikongsi.
semua orang melakukan kesilapan. tapi kesilapan paling besar dilakukan bila tidak pernah mahu membetulkan dan terus terbelenggu dalam kesilapan.
terlampau banyak peluang yang aku peroleh. tapi susahnya untuk aku istiqamah bila dapat sesuatu peluang itu.

Comments

Popular posts from this blog

Give Aways Template dari Cik Nurfarah

^Finally Final Finish^

Puff The Magic Dragon