unspoken truth

Friday, February 1

aku baru lepas terbaca tulisan kau . mungkin bukan aku . tapi aku ter makan cili agaknya yang menyebabkan aku terasa itu ditujukan untuk aku . aku seorang yang tidak pernah boleh ada sahabat baik . mereka sering lari dari aku . aku tidak reti untuk tunjuk sayang aku kepada mereka yang bergelar sahabat atau keluarga . tanya saja pada keluarga aku . aku ni trouble-maker , aku ni garang , aku ni tidak punya perasaan .

aku tidak reti meminta maaf walaupun aku sedar aku yang membuat silap . aku tahu aku selalu menyusahkan kau . sangat . tetapi aku selalu tidak mengendahkan perilaku aku itu . aku sedar aku ni seorang yang sangat tidak sedar diri .

pernah dulu aku ada seorang lagi kawan yang rapat dengan aku . tetapi ada satu peristiwa yang menyebabkan kami tidak serapat dulu . kami masih berkawan baik sekarang . tapi hanya pada masa yang tertentu . friend with benefits katanya . semasa kejadian itu berlaku aku pernah mengadu pada kau dan aku menyatakan selepas ni kalau something kat aku yang kau tak suka , terus terang je . jangan simpan , then lepaskan tiba tiba tanpa warning. tapi aku tahu susah . its really hard to speak the truth . everything will becoome different . especially the mood when we are together . kita akan berlakon untuk menyenangkan hati masing masing . thank you for not following my request .

aku tak pernah salahkan kau untuk hal tu . kita tak pernah minta pun kecelakaan datang pada kita .
aku sayang kau . sentiasa . tak pernah berkurang . aku banyak sangat buat salah kat kau . dalam aku sedar atau tidak . terlampau banyak salah aku kat kau yang aku sendiri segan nak mintak maaf . dan aku rasa tak layak pun untuk di maafkan . aku cuma harap kau sentiasa jadi kawan baik aku semasa susah , senang , dunia dan akhirat kelak .

instead of week . do have a wonderfull life dear . ^_^
i am always lyfae


THANKS FOR BEING ORDINARY TODAY! ^^

SEMUA HAKCIPTA TERPELIHARA OLEH NURSAIYIDAH MOHD SANAT. theordinarysheedacx.blogspot.com